Thursday, February 26, 2015

Novel terbitan buku prima bulan mac 2015




CUCUR BAWANG DAN CUPCAKE

SINOPSIS:

AKHIRNYA, cinta Iskandar dan Rudiana bersatu juga selepas
bersama-sama berperang jiwa dan egois sendiri. Ketika Rudiana
dan Iskandar baru sahaja ingin menikmati erti sebuah perkahwinan
yang sebenar, tiba-tiba dugaan datang melanda.
Munculnya Faiqa si ‘kucing Siam’ dan Faeeq si ‘hantu air’, kedua-
duanya telah menggugat hubungan Iskandar dan Rudiana. Sikap
gedik ‘kucing Siam’ yang suka menggesel pada Iskandar buat
Rudiana geram! Sikap keras kepala dan gila kuasa ‘hantu air’ pula
buat Iskandar tidak mampu melawan. Disebabkan ‘hantu air’ juga,
Rudiana dapat penampar percuma daripada wanita ala-ala ustazah
yang tidak pernah dia kenali.
Mampukah cucur bawang buatan Rudiana menandingi cupcake
buatan ‘kucing Siam’? Relakah Iskandar membiarkan Rudiana jatuh
ke tangan ‘hantu air’? Siapa sebenarnya ‘kucing Siam’ dan ‘hantu
air’?


JANGAN JAUHI AKU

Sinopsis:
Sejak Encik Hariz meninggal dunia, hubungan antara Hanis dan
Haida menjadi semakin renggang. Kebencian Haida terhadap Hanis
semakin meruncing apabila ibu mereka disahkan menghidap angin
ahmar. Kehadiran Hezry dalam hidup Hanis menyerikan hidupnya,
tetapi tanpa disangka Haida merampas Hezry daripada Hanis. Haida
nekad untuk melakukan apa sahaja asalkan Hanis tidak mengecapi
kebahagiaan.
Ketika Hanis berusaha untuk bangkit daripada kesedihannya, muncul
Imtiaz, si majikan yang hati beku. Ada sahaja yang tidak kena
antara Hanis dan Imtiaz. Mampukah Hanis berdepan dengan bos si
hati beku? Adakah hubungan Hanis dan Haida akan pulih? Akan
adakah bahagia buat Hanis?


JASAD

SINOPSIS:
Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah
seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak
bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang
menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian
misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua
orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang
memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang
melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan
mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk,
saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat
ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu.
Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters