PELITA DI BAWAH PURNAMA
Dua keluarga itu sememangnya akrab semenjak dahulu. Tan Sri Al
Rashid dan Dato Mukhsin sememangnya sudah bersahabat
semenjak kecil. Kemesraan itu juga ikut diwarisi oleh kesemua
anak-anak mereka. Mereka sudah seperti sebuah keluarga.
Namun dek kerana satu peristiwa yang tidak diduga keadaan itu
berubah.
Qairynn Asyikin dan Muhammad Aryan, mereka berdua cukup
serasi bersama. Semenjak kecil seperti adik dan abang keakraban
mereka. Banyak yang mereka harungi bersama selama bertahun-
tahun ini.
Namun setelah meningkat remaja keadaan perasaan mula
berubah. Dalam diam salah seorang mula disapa rindu dan asmara.
Qairynn Asyikin.. ketika usianya tujuh belas tahun dia mula
mengenal apa erti cinta. Kepada si abang angkat tertumpah
kasihnya tanpa disedari. Sikap Aryan yang penyayang
membuatkan dia sering dilanda badai rindu. Namun dia hanya
membisu enggan mencemarkan keharmonian hubungan mereka.
Tetapi semenjak Aryan mengenal Maya keadaan mereka berubah.
Perhatian Aryan mula terbahagi. Antara Maya dan Qairynn, Aryan
tidak pernah memilih kerana pandangan matanya kepada Maya
persis seorang kekasih. Sehinggakan Qairynn mula tersisih tanpa
disedarinya. Keadaan itu membuatkan hati Qairynn kerap terusik
oleh rasa luka dan cemburu apabila perhatian Aryan lebih banyak
terhala kepada Maya. Akhirnya antara Maya dan Qairynn masing-
masing saling bersaing dan bermusuh hanya kerana mahu merebut
tempat dalam hati Aryan.
Kerana cinta Aryan jadi pembisu biarpun dia sedar Qairynn
ditohmah seseorang yang sangat dekat dihatinya. Dia hanya
tunduk begitu sahaja sehingga banyak hati yang terluka kerana
perbuatannya.
Aryan.. bertahun dia memendam rasa berdosa. Biarpun nekad
menjauhkan diri sedetik pun tidak pernah dia berjaya melepaskan
sesal dihatinya akibat perbuatannya itu. Maya pula yang dipuja-
puja semakin menyucuk bisa di hatinya. Nama Qairynn seolah
terlalu hina dan kotor ditelinga Maya saban hari. Tanpa sedar
cinta Aryan berubah menjadi benci apabila Maya sering menghina
Qairynn yang kononnya sudah tidak suci itu.
Setelah 8 tahun dia berlalu Aryan pulang. Kepulangannya
membawa semula dirinya kepada Qairynn. Entah kenapa dalam
kedinginan gadis itu, dia terpaut pula. Dalam ketomboian gadis
itu mata lelakinya sering terpesona.
Namun bagi Qairynn sampai matipun dia tidak mampu mencintai
Aryan semula apatah lagi dalam keadaan hatinya yang sudah tidak
‘sempurna’ lagi. Tiada lagi keyakinannya kepada lelaki dan cinta.
Semuanya sudah punah.
Berjayakah Aryan mengembalikan Qairynn yang dahulu?

No comments:
Post a Comment