Friday, March 27, 2015

Novel terbitan intens idea bulan april 2015


Tajuk: DIA BINTANG HATIKU
Penulis: Nur Razin
Edaran : Akhir Apr 2015
Terbitan: Intens Idea

Sinopsis :
KHALIF dan Natasha mahu dijodohkan oleh keluarga... Masing-masing menolak dan tanpa ‘sengaja’ mereka berpakat mengenakan Nadra. Lain jangkaan Khalif, lain pula jadinya.

RESAHNYA Nadra dalam perkahwinan yang cuba dielak ini. Ada sejarahnya bersama keluarga mentuanya. Dia bukan menantu pilihan. Bukan kerana adiknya, Natasha yang jadi pilihan Puan Lisda tetapi kerana sejarah silamnya. Dia tahu itu…

“Boleh apanya?” Nadra soal Puan Lisda.
“Khalif dengan Tengku Maliana.”

Khalif pula yang tersedak. Cepat-cepat Nadra hulur air kepada suaminya. Hebat betul dia lihat pemikiran ibu mentuanya ini. 

Ada ke ibu mentua yang macam ni selain ibu mentua aku?
“Tengku Maliana tu lebih sesuai jadi menantu ibu.”

Terkebil-kebil Khalif pandang ibunya, kemudian dia pandang Nadra. Tangannya mencari tangan Nadra tetapi Nadra pula kutil pinggang Khalif. 
“Ouch!”

Nadra senyum pandang Khalif yang menjerit kecil. “Hmm, kalau ibu tak kisah abah kahwin lain. Nad pun sama macam ibulah juga, kita sama-sama dapat payung emas,” jawab Nadra selamba. Bukan niat menyindir, tapi itulah jawapannya. Sarkastik! 

Mahu tersembur air di dalam mulut Khalif bila dengar kata-kata Nadra. Nadra melawan sindiran ibunya?

MENANGANI ibu mentua begitu, tambah lagi memikir motif Khalif mengahwininya… Khalif penipu. Dia juga tahu itu walaupun yang lain tidak tahu! Mulut Khalif cabul, mentang-mentang menantu kesayangan Haji Hasyim!
“Macam mana nak tidur kalau abang asyik menyoal, tangan tu menjalar sana sini. Kalau nak sangat sapu ubat, hah sapu ajelah seluruh badan. Semua sakit!” jawab Nadra geram. Langsung tak terfikir jawapannya lagi buat Khalif nak gelak nakal. Semakin melebar senyuman di bibir Khalif. 

“Seluruh badan? Boleh, boleh, boleh... Abang lagi suka.” Selamba ucap Khalif dalam gelak suka hati. 

Seketika, baru Nadra tersedar dengan kata-katanya sendiri. Haish, tersalah cakaplah pulak... Nadra mengomel pada diri sendiri. 

“Okey, okey, abang tak tanya dah. Tidurlah, abang nak sapu sikit je kat kaki ni.”

"Dah, dah... Tak payah.” Nadra yakin, kalau mula-mula tangan Khalif di betisnya, nanti merayap ke paha pula. Dia tolak tangan Khalif di betisnya.
“Okey, good night, sweet dreams!” ucap Khalif, mengalah. Sempat juga cium dahi Nadra sebelum menyimpan semula bekas ubat. 

Ternganga Nadra dengan perlakuan bersahaja Khalif. Dia sudah tidak tahu nak buat apa lagi untuk menunjukkan kemarahannya sebab Khalif buat tidak faham!
KHALIF yang buat dia diheret Haji Hasyim. Khalif juga yang buat badan-badannya lebam dibelasah Haji Hasyim tetapi Khalif juga yang dihadap tiap-tiap hari! Belum lagi munculnya kedatangan Ashraf dan Tengku Maliana. Apa agaknya strategi Nadra menghadapi semua insan-insan ini…



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...