Tuesday, March 17, 2015

Novel terbitan lovenovel bulan march 2015




ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP OLEH Yumi Hyra

BLURP:
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif 
“Tell him that I love him, so much.”- ImanAmani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?


GEMALAI KASIH OLEH Lynn Safiya

BLURP:
Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya. 

“So! Our parents think we should marry!” - Effendi
“... Lia langsung tak kenal Fendi ni, so how can we marry? - Lia

Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya? 

“Cinta? Fendi pernah kahwin atas dasar cinta. Tak berkekalan pun! So, why not with someone I don’t know? Lagipun, my mother thinks you are perfect for me.” - Effendi

Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai? 

Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan?

Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?


CERITERA CINTA DARWIESHA OLEH Suezie Sue

Bila hati telah retak,
Hidup berteman si air mata,
Bila laut tak bergelombang,
Segunung pujuk tiada berguna.

Terjerat ke kancah perkahwinan tanpa rela, separuh jiwa aku menerima Encik Zafrul Amri merangkap bos di tempat kerjaku sebagai suami. Diakah bakal pelindungku? Diakah bakal membawaku ke jalan syurga?

Arief Rachman Haqeem, jejaka kacukan dari seberang terpaksa aku kecewakan. Bunga-bunga sayang yang sedang mekar mewangi dan putik-putik cinta yang baru berkembang, berguguran bersama deraian air mata.

“Saya tak sangka kesudahan kita jadi begini. Saya sayangkan awak, Wiesha. Saya cintakan awak!” ~Arief Rachman
“Selamat tinggal, Arief. Saya tahu awak lelaki yang tabah. Jangan kerana saya, awak tutupkan hati untuk orang lain. Doakan kebahagiaan saya…” ~Dahlyana Darwiesha

Pasrahku membawa derita. Encik Zafrul menikahiku hanya kerana aku seiras kekasih lamanya. Aku menjadi galang ganti cinta Encik Zafrul bersama Kak Mylia yang tidak kesampaian. Kembalinya Kak Mylia kepada Penciptanya menambahkan kemelut di jiwa. Encik Zafrul terus hidup dalam bayang-bayang kenangan silam bersama bekas kekasihnya yang telah pergi.

“Lyana bukan Kak Mylia, Lyana tak boleh ubah diri Lyana jadi orang lain!” ~Lyana
“Abang mengaku cinta abang pada Mylia tak pernah mati. Arwah Mylia merupakan kekuatan abang. Lyana… pelengkap hidup abang. Abang sayangkan Lyana dan abang tak boleh terima kalau ada lelaki lain yang mahu rampas Lyana dari abang.” ~Zafrul

Akibat cemburu dan sering salah sangka, bayi yang aku kandung selama enam bulan lamanya tak sempat menjengah dunia. Kecewanya aku. Salahkah aku minta dilepaskan?

‘Mak pesan, jangan kasar-kasar lagi dengan suami’
‘Pesan along, belajarlah memaafkan!’

Encik Zafrul cuba meraih cintaku kembali. Akan tetapi... sekeping hati yang telah retak, bolehkah dicantum semula? Ceritera cinta dan air mata seorang Darwiesha, mungkinkah ada penamatnya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters