Friday, November 22, 2013

7 Rahsia Miliki Rambut Berkilau


Rambut adalah mahkota wanita. Rambut juga menggambarkan siapa diri kita. Namun, adakah kamu suka jika rambut kamu sentiasa kusam dan tidak bermaya? Jadi, jom pelajari tujuh rahsia miliki rambut yang berkilau bak sutera!


1)    Ramas rambut secukupnya
Ketika kamu sedang mencuci rambut, ramas kulit kepala bagi tujuan untuk membuang segala kotoran kering seperti debu yang melekat pada kulit kepala. Ia bukan sahaja dapat membuatkan rambut kamu sihat dan berkilau, malah mengurangkan berlakunya masalah kelemumur.

2)    Jangan kerap mewarnakan rambut

Apabila kamu kerap mewarnakan rambut, lama-kelamaan rambut kamu akan menjadi kering dan segala nutrisi akan diserap sehingga menyebabkan rambut kamu rosak dan tidak bermaya.

3)    Potong rambut secara teratur

Tidak bermakna setiap bulan kamu harus memotong rambut. Memadai sekiranya kamu memotong hujung rambut kamu yang bercabang. Cara ini dapat mengelakkan rambut kamu daripada menjadi rosak, kering, kembang, bercabang, selain membantu rambut kamu agar cepat panjang.

4)    Sering menyikat rambut

Ada sesetengah pendapat mengatakan kekerapan menyikat rambut akan mengakibatkan rambut akan lebih mudah gugur. Sebenarnya dakwaan itu hanyalah mitos semata-mata. Sebenarnya masalah keguguran rambut bergantung pada kekuatan rambut kamu sendiri. Langkah terbaik, cuba biasakan diri kamu dengan mengamalkan rutin menyikat rambut terutamanya sebelum tidur.

5)    Elakkan memakai alat pengering rambut

Untuk mengekalkan tekstur rambut yang cantik, biarkan rambut kamu kering dengan sendirinya selepas rambut dicuci. Elakkan daripada memakai alat pengering rambut kerana ia akan menyebabkan rambut kamu mudah rosak, lebih kering dan tidak bermaya.

6)    Guna produk yang berkesan

Sekiranya kamu sedang memakai produk penjagaan rambut tetapi tiada sebarang keberkesanan yang berlaku, sudah sampai masanya untuk kamu menukar jenama produk kebiasaan kamu itu. Gunalah produk yang lebih berkesan agar rambut kamu lebih sihat dan berkilau.

7)    Amalkan diet yang sihat

Sistem pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan rambut. Makanlah makanan yang mengandungi vitamin-vitamin yang dapat memberi khasiat buat rambut kamu.


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters