Friday, November 22, 2013

Malam boleh mencantikan kamu ?


Tahukah kamu, tidur malam yang secukupnya mampu membuatkan kamu kelihatan cantik dan menawan. Ini kerana, waktu itulah segala organ di dalam badan kita mula ‘bekerja’contohnya seperti menyah toksik yang tidak di perlukan di dalam badan seperti di dalam hati, hempedu, paru-paru dan sebagainya. Jadi, ayuh ikuti penulis  dapatkan 6 cara untuk dapatkan tidur yang selesa.

1)      Sebelum kamu lelapkan mata, apa kata minum segelas susu segar yang telah di campurkan dengan beberapa titis madu.

2)       Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar kamu terasa lebih selesa.

3)      Sebelum tidur, pastikan perut kamu tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang.
4)      Tidur dalam keadaan terang sebenarnya akan menganggu sedikit sebanyak waktu tidur kamu.
Jadi apa kata biasakan diri dengan tidur dalam keadaan gelap ataupun malap. Ini kerana, cahaya yang malap atau gelap dapat memberikan impak ‘mood mengantuk’ pada mata kamu.

5)      Ada sesetengah beranggapan, mandi sebelum tidur akan membuatkan mood untuk tidur ‘terbantut’. Namun, sebaliknya ia dapat membantu kamu untuk tidur lebih lena.

6)      Ada orang berpendapat, selimut mampu membuatkan seseorang itu terlajak tidur. Jadi, sekirannya kamu mahu tidur yang nyenyak apa kata biasakan diri dengan memakai selimut melainkan kalau kamu kena bangun awal pagi.


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters