Friday, November 22, 2013

Selamat tinggal ‘Bad Mood’!

Perasaan ‘bad mood’ memang suka datang tanpa di duga. Ada sahaja yang tak kena. Tak boleh salah sikit cepat sahaja kamu melenting. Tungguuuu! Jangan begitu! Jangan terlalu suka mengikut perasaan. Mungkin bagi kamu ia adalah sesuatu yang normal kerana pertukaran hormon, namun tidak bagi semua orang. Mereka akan lebih membenci kamu. Jadi, ayuh ucapkan selamat tinggal pada ‘bad mood’ dengan...

1) DENGARI MUZIK
Dengan mendengari lagu-lagu yang rancak ia dapat membangkitkan semangat baru dan lebih positif berbanding sebelum. Apa kata, kamu pakai headset dan mainkan lah lagu-lagu yang ceria dan memberi inspirasi pada diri.

2) BANYAK BUKA VIDEO LUCU
Dengar memang macam biasa, tetapi kalau kamu kerap lakukan tidak mustahil ia dapat mengubah diri kamu sedikit demi sedikit. Lagi pun bila kamu kerap ketawa, aura positif mula mengalahi aura negatif.

3) LUANGKAN MASA DENGAN  SAHABAT YANG CERIA
Jangan biarkan diri kamu bersendiri ataupun terasa sunyi. Apa kata luangkan masa kosong kamu itu bersama  sahabat atau orang-orang yang sering membuatkan kamu tergelak dan dapat lupakan segala masalah.

4) MANJAKAN DIRI UNTUK BEREHAT
Manjakan diri bukanlah bermaksud kamu perlu ke spa atau sebagainya untuk rehatkan pemikiran kamu. Tetapi cukuplah dengan pejamkan mata sekejap tarik nafas dalam-dalam dan pikirkan pekara-pekara yang indah belaka. Pekara seperti ini dapat membuatkan kamu lebih tenang dan selesa.

5) PAKAI PEWANGI
Tahukah kamu, pewangi badan juga mampu menaikkan ‘mood’ seseorang. Jadi apa kata pilih pewangi yang berbau segar dan relax supaya kamu lebih selesa dan tenang dengan bau-bau aroma yang menyegarkan itu.


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters