Tuesday, November 26, 2013

Novel terbitan buku prima Januari 2014


2014 akan menjelang akan datang. Novel pun turut sama muncul bertemu anda! Novel apa ya...

ISTERIKU NAIK HANTU
688 muka surat

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati. Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo. Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?

OH...DIA RUPANYA
512 muka surat

Peristiwa hitam yang meragut nyawa ibunya sering mengganggu ketenangannya. Ia telah menjadikan Amal Hayati seorang yang keras hati, kasar, tabah dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Pertemuan pertama kali telah menarik minat Amal Hayati terhadap Ridzuan kerana lelaki itu telah menyelamatkan dirinya. Namun Ridzuan terlalu berahsia. Tindak-tanduk lelaki yang digelarkannya sebagai Mr. Secret itu sangat mencurigakan, tapi itu tidak dapat menghalang Amal Hayati dari terus meminati lelaki itu sehingga dia sanggup menerima cadangan lelaki itu untuk memperisterikannya. Semakin dia mengenali lelaki itu, sedikit demi sedikit rahsia lelaki itu diketahuinya membuatkan dia tawar hati terhadap Ridzuan. Siapakah Ridzuan sebenarnya? Kenapa lelaki itu hadir tanpa dipinta? Adakah lelaki itu ada kaitan dengan sejarah hitam yang berlaku dalam hidupnya?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters