Friday, November 22, 2013

Rambut Oh Rambut


JOM KETAHUI MITOS DAN FAKTA TENTANG RAMBUT!


MITOS :

1)  Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingg rambut bercabang akan berkurangan. Namun, sebenarnya rambut bercabang itu akan tetap ada. Jadi jalan penyelesaiannya sebenarnya adalah dengan memotongnya secara teratur setiap 4 - 6 minggu.

2) Jangan tidur dengan rambut basah nanti kurap akan tumbuh.
Kamu tak perlu risau untuk tidur dalam keadaan rambut basah kerana kurap memang tak akan tumbuh sekirannya kamu tahu menjaga dan merawat kulit kepala agar sentiasa bersih.

3) Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
Fikirkan semula tentang pekara ini. Bagaimana dengan hanya bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Sebenarnya ini akan lebih merosakkan kutikula rambut lagi-lagi jika kamu salah menggunakan sikat dan boleh menyebabkan rambut kamu gugur.


FAKTA : 

1) Berkongsi sikat sebenarnya boleh menyebarkan penyakit.
Oleh itu setiap orang perlu ada sikat mereka sendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

2) Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.
Pola makanan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

3)  Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan.
Ini kerana, ia boleh menyebabkan 'alopecia' (rambut tidak dapat berehat dengan sihat akibat tarikan yang terlampau kuat dan ketat sewaktu mengikat rambut) dan akhirnya mengakibatkan kebotakan.


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters