Saturday, January 4, 2014

Novel terbitan Jemari Seni JANUARI 2014



Tajuk: Lelaki Januari
Penulis: Hafizah Iszahanid
ISBN: 978-967-0508-52-8
Terbitan: Jemari Seni

Sinopsis: 
Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan... 
berada dalam hati, utuh dalam memori... 
tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.

Segalanya seakan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.

Dua belas tahun kemudian...

Pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ Delaila melihat sebuah kebahagiaan. Namun, masa berubah, dunia berputar... masihkah Ali Syukri insan yang serupa?

Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?

HAFIZAH ISZAHANID bercerita tentang kenangan dan harapan seorang Delaila Adilah. Ayuh, ikuti kisah yang mengusik rasa ini dalam Lelaki Januari.


Tajuk: Tic Tac Toe
Penulis: Jill Naura
ISBN: 978-967-0508-53-5
Terbitan: Jemari Seni

Sinopsis: 
Benarkah cinta itu buta dan membutakan?

Berkahwin dengan seorang yang ego tidak termasuk dalam perancangan masa depan Zhila. Tetapi dek kejadian yang tidak terduga, Zhila berkahwin dengan pengantin bidan terjun.

Fikhri yang kecewa dengan tingkah kekasihnya mula mencipta sandiwara bahawa dia akan berkahwin agar kekasihnya itu sedar dan mengaku silap sendiri. Rupa-rupanya sandiwara Fikhri menjadi kenyataan apabila dia betul-betul berkahwin!

Maka bermulalah kehidupan rumah tangga pasangan yang asing ini. Seperti permainan Tic Tac Toe, apabila seorang memulakan langkah, yang seorang lagi menghalang atau mulakan langkah baharu. Masing-masing mahu menang. Zhila yang menjadi menantu kesayangan tidak akan mengalah pada Fikhri yang pandai berhelah. Siapakah yang akan menang dalam permainan ini atau kedua-duanya menyerah kalah pada cinta?


JILL NAURA mencuit hati pembaca dengan gaya penulisan yang santai dan kisah yang menghiburkan dalam Tic Tac Toe.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters