Wednesday, December 11, 2013

Novel terbitan KN January 2014



1. SUSUN SILANG KATA - DZIE TYEA
2. LUKA DI HATI DIYA - HASLIZA ISMAIL
3. BETUL! SUAMI AKU PELAKON - ATEEN KHALID


SUSUN SILANG KATA
No. ISBN:- 978-967-0448-56-5
Jumlah muka surat:- 536

Sinopsis:-
Orang lain berjiran, hidup aman damai. Siap boleh berbalas bekas penuh berisi makanan lagi. Tapi untuk mereka berdua, tak wujud terma-terma begitu. Bagi Ilham, Siti gadis muda biasa-biasa saja tapi entah kenapa, dia suka sangat cari gaduh dengan anak manja jirannya ini.

Bagi Siti, Ilham tu umpama makhluk dari planet mana entah yang jahatnya, nauzubillah. Macam dia nak jentik-jentik kepala Ilham yang penuh dengan agenda jahat tu. Tak padan dengan umur langsung!

Bila buku bertemu ruas, terjadilah macam-macam antara mereka berdua. Bila Ilham cari hal, Siti cari jalan penyelesaian nak membalas dendam. Bila Siti dah Berjaya balas dendam, tup tup ada lagi siri serangan dendam Ilham yang baru.

Tapi itulah, Siti tak dengar pesan uminya. Umi dah cakap, pantang antara lelaki dan perempuan ni ada dua saja. Pertama, jangan berkawan rapat sangat. Kedua, jangan bergaduh kerap sangat. Sebab nanti-nanti salah seorang mesti akan timbul rasa suka pada yang seorang lagi.

Disebabkan terkena sumpahan ‘pantang’ umi itulah, Ilham sesaja-saja nak balas dendam, tapi dia nak menarik perhatian Siti. Yelah, dah selama ini dia asyik perdajalkan Siti, mahunya Siti punya kening bercantum untuk selama-lamanya kalau Ilham tiba-tiba keluar ayat romantik nak mengayat dia. Tapi berjayakah taktik Ilham kali ini? Selepas dia dah masukkan pasir dalam ais krim Siti, buat itu buat ini, dapat ke Siti terima lelaki-kurang-matang macam Ilham?

“Hidupkan enjin, penghuni syurga.” 

“Hidupkan enjin?”

“Habis tu, takkan nak suruh awak hidupkan semula orang yang dah mati? Nak sangat masuk neraka?”



LUKA DI HATI DIYA
No. ISBN:- 978-967-0448-55-8
Jumlah muka surat:- 680


Sinopsis:-

Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang
mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab. 

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”


BETUL! SUAMI AKU PELAKON
No. ISBN:- 978-967-0448-53-4
Jumlah muka surat:- 464

Sinopsis:-
Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya,
mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.

“Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.

“Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.

Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga. 

Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!

Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.

Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati
mereka.

“Pelakon tak famous, ‘mulut longkang’… muka ‘jambu batu’, ‘jambu air’… penakut pulak tu!”

“Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu, jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?”




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Juliet ❤ said...

http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/giveaway-giga-join-win-by-wanie-putri.html
TAG AWAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters