Monday, January 20, 2014

“KAMI BENCI MEMBAZIR”



Kisah 1:
“Saya dapat merasakan kepuasan hati dengan elak amalan membazir. Saya masih amalkan tabiat mengumpulkan kepingan sabun yang kecil dan membentuknya menjadi sebuku sabun. Saya tetap picit tiub ubat gigi sehingga benar-benar kosong. Dan saya juga menanam sendiri sayur-sayuran di rumah.” August Burns Red Turak, pengasas 2 syarikat perisian yang berjaya. 

Kisah 2:
“Suatu ketika, cucu perempuan saya sedang menyiapkan kertas kerjanya, Saya ternampak beberapa klip kertas bertaburan di atas lantai. Saya berpesan kepadanya mengutip dan menyimpan semua klip kertas itu agar dia boleh menggunakannya semula. Dia berkata, 'Nenek, Tahukah anda betapa murahnya harga klip kertas pada masa sekarang? "Saya berkata,' Tahukah anda betapa pentingnya duit walaupun sesen ketika anda memerlukannya semasa hendak membeli sesuatu?” –Pat Brennan, pemilik bersama “Brennan Builders”, sebuah syarikat pembinaan yang pakar dalam rekabentuk rumah pada kadar purata $500,000.

Dengan mengamalkan sifat berjimat dan tidak suka membazir akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan seharian kita. Apa yang akan kita dapat ?

1) Mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT

2) Sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.

3) Kita juga mampu untuk bersedekah, menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.

4) Kita akan mempunyai simpanan yang akan dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Jadi, ingat sebelum kena...beringat sebelum habis! Semoga kita sentiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang yang suka membazir.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters