Monday, January 20, 2014

MUTIARA KATA UNTUK MU


1) Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.

2) Seseorang yang bergelar pakar adalah seorang yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.

3) Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

4) Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

5) Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

6) Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...