Tuesday, January 21, 2014

Novel terbitan kaki novel February 2014



1. ARLUNA - RIN AHMAD
2. DIA IMAMKU - NAJWA RAHMAN
3. GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. SECRETARY - FATRIM SYAH

ARLUNA
No. ISBN:- 978-967-0448-59-6
Jumlah muka surat:- 464

Sinopsis:-
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché. Ciri - ciri cliché;

1. Mula – mula terjumpa, terjatuh dalam kolam di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke before brake?- NIA ARLUNA a.k.a NINA

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE 

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak Fazleen udang galah si penyibuk. Eh dah kahwin pun muncul lagi? Boleh percaya ke cakap Johan ni?

Saya tak mampu nak janjikan awak apa – apa sebab takut mengecewakan awak. Saya cuma ada impian kalau saya mampu re-brand pensel warna LUNA tu jadi ARLUNA, saya pun harap dapat re-brand balik hati awak. Cintakan saya, percayakan saya, kasihkan saya dan sayang saya seadanya. Will you Nina? - JOE

Daripada sebuah perjalanan hidup yang cliché, Arluna berusaha keras untuk menjadikan diari hidup yang kononnya non-cliche. Contoh non-cliche yang dia rasa;

- Kena berbincang, suarakan rasa hati.
Kalau awak nak buat perangai atau nak buat hal, boleh tak at least tunggu saya habis belajar dulu? Boleh tak sekurang – kurangnya jaga hati dan perasaan saya sehingga saya tamat belajar? Susah tak apa yang saya mintak ni? – NINA

- Kena ada semangat juang yang tinggi.

Roses are black, violet are blue. 
Fazleen is a bitch, I will ‘kill’ you!- NINA

Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya yang cliché kepada non – cliché?

TAGLINE YG TAK MENAHAN: TEWAS ITU TAAT! 
(Mendalam tu maknanya!!! - Beli baru tau hehehee)

GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. SECRETARY
No. ISBN:- 978-967-0448-54-1
Jumlah muka surat:- 512

Sinopsis:-

Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada
Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat
memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adam
tetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia
ada batasnya.
“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah
saya pada cik bos?”
“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”
Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa dengan
Adam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah,
ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanak
kecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi.
Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain,
masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia
mengenai diri Adam itu?
“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy!
Pada secretary? Not my class okay!”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters