Monday, January 27, 2014

Novel terbitan fajar pakeer bulan February 2014





Tajuk: KLISE DI HATIKU
Penulis: GEE AZEEZ

Danial Hazqil, seorang jejaka yang suka mencari gaduh dengan Qalesya Khumaira. Setiap pertemuan yang berlaku antara mereka berdua akan menjadi medan untuk berperang mulut. Hidupnya tidak tenang jika tidak menyakiti hati Qalesya Khumaira.

“Uwek… boleh blah… Aku nak hidup dengan kau macam Tarzan and Jane memang taklah. Lebih baik aku hidup dengan monyet daripada hidup dengan kau. Sekurang-kurangnya monyet tak reti nak sakitkan hati aku.” - Qalesya Khumaira

“Aku tak sangka selama ni kau ada impian untuk hidup dengan monyet. Tapi kalau kau nak hidup dengan monyet pun okey jugak aku rasa, sebab kau dengan monyet memang serasi bersama. Muka kau dengan monyet memang ada iras-iras pun.” - Danial Hazqil

Qalesya Khumaira, gadis yang sederhana dan periang. Seorang gadis yang tidak tertarik dengan lelaki yang berwajah tampan dan lelaki yang tidak menghormati wanita. Seperti Danial, Qalesya tidak mempercayai cinta sebelum pernikahan. Oleh sebab itu, dia telah menerima lamaran daripada Salman yang merupakan kawan baik Danial Hazqil.

Lamaran Salman menyebabkan hati lelaki Danial Hazqil remuk-redam dan hancur berkecai. Namun, dia terus menjadi pemuja rahsia Qalesya Khumaira. Baginya, biarlah Qalesya Khumaira bahagia di samping sahabat baiknya walaupun hatinya menyimpan beribu kedukaan. 

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Takdir Danial dan Qalesya Khumaira berubah 180 darjah setelah Salman memohon kepada Danial agar menjadikan Qalesya sebagai isterinya yang sah. Perasaan Danial berbelah bagi untuk menerima kerana dia tahu bahawa Qalesya tidak pernah mempunyai perasaan terhadap dirinya. 

Qalesya pula tidak dapat menerima bahawa Danial Hazqil akan menjadi suaminya yang sah. Dalam hatinya tiada sekelumit cinta pun buat Danial kerana hatinya terlebih dahulu dibuka untuk Salman, lelaki yang terlebih dahulu melamarnya.

******


Tajuk: MY FLYING KISS GIRL
Penulis: WANNIE NORDIN
Harga: RM31 / RM34

Mungkinkah ciuman terbang itu dilayangkan bersama dengan mantera atau jampi cinta, Rayyan sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu adalah ciuman terbang itulah yang telah merubah hidupnya serta-merta. Berubah daripada seorang yang tidak tahu menghargai perempuan, menjadi lelaki yang penuh dengan rasa cinta. Berubah daripada seorang yang tidak pernah merindui dan menyayangi seorang wanita, menjadi perindu bulan siang dan malam. 

Tetapi, adakah untuk memiliki gadis flying kiss semudah yang disangka?

Demi untuk mendapatkan gadis idaman hati, pelbagai cara dilakukan oleh Rayyan Hafizi. Dirayu, dipujuk, digoda, dipaksa dan pelbagai lagi cara lagi demi untuk memastikan empunya badan dapat dimiliki sepenuhnya. If you’re not willing to sound stupid, you do not deserve to be in love. Memang, demi cinta Rayyan sanggup melakukan apa saja demi membuktikan keikhlasan! Dan Aireen, mampukah dia bertahan untuk tidak mengalah pada rasa cinta, lebih-lebih lagi apabila sudah tinggal sebumbung dengan Romeo Malaya itu?

Ya, suka ataupun tidak, mahu ataupun tak, rela atau dipaksa, Aireen perlu menerima hakikat bahawa dia disatukan dengan Rayyan Hafizi dan kini bukan sahaja berkongsi bumbung yang sama, tetapi juga berkongsi bilik yang sama, katil, tilam dan bantal yang sama! Namun, Rayyan takkan mampu menakluki sepenuhnya kepercayaan dan kasih Aireen selagi dalam hati Aireen terselit nama Amir dan terngiang-ngiang nama Rafeeq!

Antara mereka, siapa yang tidak akan mampu melupakan sejarah silam? Kewujudan Rafeeq, kehadiran Hannah, membuatkan cinta dan kasih sayang Rayyan dan Aireen teruji untuk ke sekian kali.

My flying kiss girl, kisah cinta ini takkan terjadi tanpa hadiah ciuman terbang daripadamu! 

Inilah dua novel yang bakal terbit untuk bulan Februari. Nantikan kemunculan MY FLYING KISS GIRL & KLISE DI HATIKU. 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters