Thursday, January 23, 2014

Novel terbitan October February 2014





DIA... AKU PUNYA
Karya: Izma Qahiera
ISBN: 978-967-0707-07-5
Terbitan: October

“Jadi kaulah Fakhri? Satu-satunya lelaki yang sanggup membeli perempuan paling comel dalam kampung ni? Hmmm...boleh tahan! Pandai kau pilih, Gee! Dia berwang. Dan kau pula beruang! Hahaha!!!”

Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan?
Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?

Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.

Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul.
Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.

Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?

“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.” 


DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU
Karya: Mia Kiff
ISBN: 978-967-0707-06-8
Terbitan: October

“Aku terima nikahnya, Kifayah binti Soffian dengan mas kahwinnya…”

BERNIKAH? Dalam usia yang begitu muda? Oh, tidak. Kifayah mempunyai cita-cita dan impiannya yang tersendiri. Tapi tak siapa yang faham tentang itu! Malah Kifayah dipaksa mengahwini lelaki yang baginya akan memusnahkan seluruh masa depan yang dia inginkan.

Dek tak sanggup merana kemudian hari, Kifayah mengambil keputusan untuk melepaskan diri. Namun, dalam tempoh menjadi pelarian itu, Kifayah bertemu cinta hatinya. Munculnya seorang lelaki yang berjanji akan menyelamatkan dia daripada kesengsaraan.

Namun, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Hero dalam hatinya itu lesap pada saat-saat genting. Sedang melawan perasaan itu, muncul pula penyelamat yang tersesat dalam masalahnya.

Antara kehendak keluarga, budi dan cinta, siapakah yang harus Kifayah pilih? Namun begitu, Kifayah tidak mahu mementingkan diri. Mampukah dia mengecapi bahagia bersama lelaki yang tidak diinginkannya?

Setelah semuanya terlambat, haruskah dia kekal berpegang kepada janjinya bersama lelaki yang dulunya pernah bertakhta dalam hatinya? Sedangkan dia memiliki insan yang lebih berhak ke atas dirinya iaitu, suami…

“Mencintai sayang, membuatkan abang melarang mana-mana perempuan daripada masuk ke dalam hati abang. Kalau ada yang nak mengurat, abang akan tahan. Ops!!! Dilarang masuk ke dalam hatiku!”

Bakal menemui anda...
Permata sulung terbitan October Love ...
Cik Syamnuriezmil kompilasi cerpen-cerpen terbaik Tercipta Untukmu 
Izma Qahiera Dia aku Punya
Mia Kiff Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku ..



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters