Friday, February 21, 2014

Novel terbitan KN mac 2014





AWAS, KALAU DAH SUKA!

Sinopsis:-
Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup
memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur
oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba
dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan
rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.

Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkhwinan itu
tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa
yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan
yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun
Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan.

Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya
sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang
membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku?
Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk
dirinya?

“Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu
kita bersama hingga akhir usia.”

~~~~~



MUNGKINKAH?

Sinopsis:-
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya
hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta
perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya
pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan
menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa
dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.

Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering
ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan
mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu
tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan
telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti
tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat
Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. 

Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa
dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus
matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,
mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas
kembali?

“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan
pulang?

“Mungkinkah rasa yang runtuh, ‘kan kembali
teguh?”

~~~~~



CINTAI AKU BOLEH?

Sinopsis:-
Saat Qaira sudah sah menjadi isteri kepada Syed
Ashraff Zafryl, dirinya diceraikan talak tiga sejurus selepas
dinikahkan.

Tengku Zareef menerima Qaira atas penghormatan
kepada arwah ayahnya dan juga sedikit rasa hormat pada
ibunya. Dia menyeksa Qaira secara mental dan fizikal untuk
membuatkan wanita itu tersungkur di kakinya.

Kehadiran Tengku Hazwan menambah duka dalam
hidup Qaira, kehadiran Trisha menambah sengsara.
Semuanya membuatkan Qaira hampir-hampir rebah. Saat
kasih Tengku Zareef berubah arah, pelbagai dugaan yang
timbul dalam rumah tangganya.

Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai
bahagia? Siapa Tengku Hazwan? Siapa Qaira? Apakah kaitan
dia dengan keluarga Tengku Radziah?

“Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka
kau!” - Tengku Zareef.

“Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau
yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku.
Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak
cukup umur, kau pergi main kat luar!” - Qaira.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters