Monday, March 3, 2014

Novel terbitan karya seni bulan Mac 2014



"Disebabkan cinta kau... aku jadi gila tapi aku akan jadi lebih gila jika kau bawa lari cintamu dariku."
Tajuk: Cinta… Jangan Lari Dariku
Penulis: Liz Haliza
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-68-0

 CLARISSA IMANI gadis manis yang lepas bebas. Hobinya pada waktu malam ialah ‘mencucuk bintang’ di langit. Puas dinasihati Ameena, teman serumahnya tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Dia masih lagi begitu menjadi penghuni tetap kelab malam di Kuala Lumpur.

Kepulangan EDRIS SHAH ANUGERAH ke bumi Malaysia setelah lima tahun menetap di bumi Australia disambut gembira oleh seluruh ahli keluarganya tetapi Anugerah pulang bukan seorang diri. Dia pulang membawa seseorang puteri comel yang bernama Sutra Ashikin. Mujur seluruh keluarga dapat menerima tanpa menduga ada rahsia besar yang disimpannya.

“Kalau abang minta sesuatu boleh tak Rissa tolong tunaikan?” 

“Tak bolehlah terus setuju, kena tahu dululah Abang Anu nak apa.”

“Abang cuma nak minta sangat supaya Rissa jangan panggil abang dengan nama Abang Anu. Tak syok nak dengarlah.” 

“Dah nama Anugerah, panjang nak sebut jadi Rissa pendekkan jadi Anu.”

“Panggil abang ajelah kalau panjang sangat nak sebut Anugerah.”

Mereka ditakdirkan hidup berjiran. Pertemuan yang biasa-biasa sahaja akhirnya bertukar menjadi luar biasa. Rindu mula datang. Cinta mula mekar. Kasih mula bersemi. Sayang kini pasti.

“Abang nak kahwin dengan Rissa?”

“Kalau orang di sana sudi, orang di sini apatah lagi.” 

Benarlah kata orang, bukan cinta namanya tanpa sebarang dugaan. Melia datang menuntut haknya. Demi haknya yang cuba dinafikan membuatkan Melia berubah dan seterusnya memecahkan rahsia yang disimpan rapi oleh Anugerah.

“Sutra akan lebih bahagia jika kita bersatu. Sutra tidak perlukan ibu tiri. Melia kan ada.”

“Kau gila ke apa? Aku cintakan Rissa. Bukannya kau.”

“Cinta tak semestinya bersatu. Kebahagiaan Sutra lebih penting.”

“Sejak bila kau tahu apa yang terbaik untuk Sutra?”

Siapakah Melia? Bagaimana dia boleh hadir antara mereka? Dan apakah kesudahan cinta Anugerah dan Clarissa? 
Dia dugaanku... dia juga anugerah buat diriku...


"Seindahmu itu karya cintaku, Antara cinta Danial dan isteri, Wajarkah cinta itu membeku? Walaupun hati tulus memberi?"

Tajuk: Seindahmu
Penulis: Tina Derika
Penerbit: Karyaseni

ISBN: 978-967-0246-67-3

“Sama ada kau kena berubah sikap, atau kahwin dengan Zinnirah. Bila sebut pasal ubah sikap maknanya, kau tak bolehlah pergi kelab, berfoya-foya dengan Sofia.”

Malangnya Danial Zakhan, pewaris syarikat perkapalan yang suka bersosial dan berhibur itu tidak berjaya mengubah sikap buruknya. Dato Abdullah, papanya Danial menganggap hanya Zinnirah yang mampu mengubah Danial Zakhan. 

Siapa Zinnirah? Pada Danial, perempuan itu hanya anak pemilik kedai runcit kampung. Memang tiada apa yang indah pada wanita kampung itu. Lainlah Sofea Eryna, kekasih hatinya selama bertahun-tahun, yang seksi bergaya dan tinggi darjatnya. Lantas perkahwinan dia dengan Zinnirah disembunyikan daripada khalayak, juga Sofia Eryna.

“Selama kau belajar kat U, kau tak ada boy-friend?” 

“Belum pernah ada. Saya tak pernah terfikir lagi.” 

“Huh! Tak pernah ada boy-friend, dah mengada-ada nak kahwin. Menggatal!” 
Dan Zinnirah hanya terkedu. Dalam hati seorang Zinnirah, dia tertarik kepada keindahan alunan piano yang dimainkan oleh Danial Zakhan, juga tertarik kepada lelaki kacak yang sudah bergelar suaminya itu. Tetapi isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya bertunang dengan perempuan lain?

“Zira... Kau tahu buat Cheese Cake?”

“Kek tu awak nak buat apa?”

“Untuk hantaran TUNANG. Aku nak bagi kek untuk Sofia… Kek tunang aku tu mesti sedap. Okey? ”

“Alright, Encik Danial. Saya akan buat yang paling sedap.” 

Rupa-rupanya secara tidak sengaja Danial Zakhan telah berusaha membuat Zinnirah cemburu dan sakit hati. Namun tidak berjaya. Mengapa? Kerana perempuan itu Zinnirah!

Setelah membaca selembar surat usang itu, barulah Danial Zakhan menyedari indahnya Zinnirah yang dimilikinya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila perkahwinannya dengan Sofea Eryna bakal berlangsung tidak lama lagi. Di tambah pula dengan Adam, majikan Zinnirah yang bersungguh-

sungguh ikhlas mencintai isteri rahsianya itu. Mungkinkah mereka bersama? Kini… apa yang tercetus dalam hati, hanya mampu membuatkan sayup-sayup melodi jantung mereka degup menyebut… Seindahmu…


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters