Sunday, March 2, 2014

Novel terbitan Roman Buku bulan march 2014



Ini merupakan novel terbaru muhammad Fatrim berjudul 'TEMAN ROH' terbitan Roman Buku. Buku dalam proses percetakan. Sesi launching pada 29.Mac.2013 nanti bertempat di Annexe Gallery, Kuala Lumpur sempena KLAB. 

SINOPSIS TEMAN ROH :

SURAYA, personaliti TV 13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal , seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!

Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.

Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters