Tuesday, January 27, 2015

Novel terbitan p2u bulan februari 2015



Tajuk: Cinta Si Wedding Planner
Penulis: Dhiyana
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-48-8
---
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ

“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA “Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ

“For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” “Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?


Tajuk: Kau dan Aku
Penulis: Lisa Muhamad
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-47-1
---
“You ingat I ke yang curang dengan you, Qadri? I yang tak kotakan janji? I yang tak bersedia untuk pikul tanggungjawab? Siapa yang berjanji untuk berubah? I ke yang tak sedia tinggalkan segala kebebasan? Tak cukup dengan janji yang tak ditunaikan, berpelesiran pula dengan gadis- gadis! Itu I ke, Qadri?” – MIN NUR KESHA.

“Jadi, beri I peluang untuk betulkan salah I.” – LUTH QADRI.

Pertemuan semula antara Min Nur Kesha dan Luth Qadri selepas lima tahun terputus hubungan mencetuskan perasaan tidak selesa dalam hati gadis itu. Sikap kaki perempuan Luth Qadri yang suka berpelesiran di kelab malam telah menyebabkan pertunangannya dengan Min Nur Kesha seolah-olah samar-samar dan tiada arah tujuan.

“I tak simpan cincin tu, dah lama campak ke laut!” – MIN NUR KESHA.

“Campak ke laut? Kalau dah campak ke laut, kenalah ganti cincin yang sama bentuknya.” –LUTH QADRI.

Atas tiket perhubungan kekeluargaan, Min Nur Kesha dan Luth Qadri kembali bertemu di bawah satu bumbung. Min Nur Kesha terjebak semula dengan sejarah hidupnya bersama Luth Qadri. Pabila berhadapan dengan Luth Qadri, Min buat tak kenal. Luth Qadri pula selamba dan hanya ikut rentak Min Nur Kesha. Kemunculan teman lama Min, ARMAN ASHRAF pada saat Luth Qadri menagih kembali cintanya terhadap Min menambahkan lagi konflik kisah cinta mereka.

Lalu... dapatkah Luth Qadri memiliki semula cinta sejati Min Nur Kesha setelah pertunangan mereka sebelum ini dilangsungkan tanpa pengetahuan pihak keluarga perempuan. Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Min? Adakah kekal untuk Luth Qadri? Ataupun Arman Ashraf yang juga menagih harapan?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters