Tuesday, January 27, 2015

Novel terbitan karyaseni bulan februari 2015



Tajuk: Saat Hadirnya Cinta Dia
Penulis: Zura Asyfar
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-91-8

---
TIGA tahun lebih AYARA NASHMIA hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup rapi dengan sebaiknya.

Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan-akan cuba untuk mengejarnya dari semua arah. Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah.

“Kau nak apa lagi, Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?” – AYARA NASHMIA

“Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itulah aku ganggu kau.” – RIZQH ESFAHAN

Namun pertemuan kembali dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja mengganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting dalam drama ciptaannya
“Aniq... Erm, kenalkan ni Raze... Husband akak. ” – AYARA NASHMIA
“Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara. ” – ANIQ NASHMIN
“Oh... Saya Rizqh Esfahan... boleh panggil Raze atau panggil Abang Raze aje. ” – RIZQH ESFAHAN
Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang Puan Rashidah yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari suami sementara yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze menjadi mangsa keadaan sekali lagi?

“Tak nak kiss tangan dulu ke?” - RIZQH ESFAHAN

“Jangan nak mengada-ada sangatlah! - AYARA NASHMIA

Sesungguhnya kedatangan Puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan suami lakonan anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar.

Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?


Tajuk: Kau Tetap Milikku
Penulis: Hairin
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-90-1

---
“Arina... Arina... Jodoh kita memang kuat. I betul betul tak sangka dapat berjumpa dengan you lagi. You know what, I just nak beritahu dekat you yang you kena ikut cakap I sebab I ada simpan gambar-gambar you tanpa...” – Dato Haris Iskandar

“A... Apa yang Haris nak daripada Arina sebenarnya? Haris nak buat apa dengan gambar tu? Tolonglah, Haris. Jangan benarkan orang lain melihatnya.” – Nurul Arina

Pertemuan semula Arina dengan Haris selepas beberapa tahun membawa malang buat Arina. Kerana ugutan daripada Haris, terpaksa dia mengikut segala arahan daripada lelaki playboy itu demi menjaga nama baiknya. Tetapi sayang seribu kali sayang, nasib tidak menyebelahinya apabila dia hilang kehormatannya. Atas desakan daripada Arina, mereka disatukan walaupun tiada cinta antara mereka.

Selepas insiden malang itu, dia terus menjauhkan diri daripada Haris meskipun dia masih memegang status sebagai seorang isteri. Tetapi dirasakan dirinya tidak bernasib baik apabila dia mendapat tahu bahawa bos di tempat kerja barunya merupakan mama kepada Haris. Arina tersepit antara kepentingan diri atau kesempitan hidup keluarganya.

Munculnya Carliff Azeem dalam hidup Arina membuatkan dia selesa berkawan dengan lelaki itu. Kesederhanaan layanan yang diberikan kepada Arina membuatkan Arina senang untuk berurusan dengan Carliff walaupun Carliff merupakan seorang anak Tan Sri. Carlifflah satu-satunya lelaki yang rapat dengan Arina.

“Kenapa Encik Carliff bagi bunga dekat saya?”- Nurul Arina “I love you, Arina.”- Carliff Azeem

Kini, barulah Arina mengerti bahawa layanan baik kepadanya rupa-rupanya Carliff menyimpan perasaan terhadapnya. Bagi Haris pula, dia mula tercabar dengan kemunculan Carliff. Dia masih mengharapkan peluang kedua buat dirinya untuk menebus segala kesalahannya terhadap Arina.

Arina, don’t forget that you are still my wife. Nurul Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that, my dear. – Haris Iskandar

Arina makin keliru dengan dirinya. Antara status diri atau perasaan yang menjadi keutamaan. Dapatkah Haris Iskandar menawan hati Nurul Arina sepenuhnya atau terpaksa melepaskan Arina untuk menjadi milik orang lain...
Siapakah yang akan Arina pilih? Haris, lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu atau Carliff, lelaki yang semakin hari semakin rapat dengannya.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters