Monday, March 30, 2015

Novel terbitan karyaseni bulan april 2015



Tajuk: Oh, My Prince!
Penulis: Hannah Dhaniyah 
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-95-6
Terbitan: Karyaseni

Sinospsis:
ADELE, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada DANIAL, diekori ke mana sahaja. 

Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi dalam hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam-macam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.

Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah satu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.

Suasana kampung mengubah personaliti Adele seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut!

“Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” – ADELE

“Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” – DANIAL

“Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja, Adele. Peluang yang terakhir...” – HAIRI

Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera dalam hati Adele? 


Tajuk: Hijrah Cinta, Kerana Dia
Penulis: Fieyta An Nisa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-94-9
Terbitan: KaryaSeni

Sinopsis:
---
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” - WAFIQ 
“Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” - HUMAIRA

Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.

DAMIA HUMAIRA - Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

WAFIQ RIZQI - Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita-citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.

Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah. 

“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq

“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” - Humaira

SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.

“Semudah tu awak buang cinta kita?” - Syakir

“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” - Humaira

Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi? 

Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua? 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters