Monday, March 30, 2015

Novel terbitan cute kreatif bulan april 2015



Maid Ku Tengku?/Azizah A
Malay Fiction
ISBN 978-967-0883-00-7

Cinta yang cuba di atur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?
“ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.” Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. "mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" "Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is. Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?" Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.


Sayang Awak Sendat-Sendat/Hayati Ahmad
Malay Fiction
ISBN 978-967-12576-9-2

Dan demi selaksa rindu, aku kembali untuk cinta kita ~Seorang awek SADO berjawatan inspektor polis. ~Seorang fesyen designer yang lemah-lembut mengepit mampukah kedua-duanya bersatu dalam cinta? Ia cukup aneh. Menjadi pelindung dan pecinta tidak semudah sebuah ungkapan dan kata-kata cinta.

“Aku memang tak suka dengan lelaki yang kuat membebel macam kau, lelaki yang merimaskan dengan perkara-perkera remeh. Labuci, manik... benang, jarum, sutera dan chiffon bukan untuk lelaki Rie. Cara kau duduk sahaja dah buat aku kembang tekak!” ~ ZAHIRA “Kau nak macam mana? macam Idham? yang sado yang gagah? Kau ingat Idham tu bagus sangat ke? Bini sendiri pun tak mampu nak usik lagi kacau bini orang!” ~ AZHARI “Sekurang-kurangnya dia tak mengepit macam kau! “Salahkah aku mencumbui kau kerana cinta yang ada dalam hati aku?” Dia membisikkannya dengan jelas ke telinga ku. “Apa Rie?” “Syhhh... “ Azhari merenung ku, aku tidak mampu menahan pandangannya yang hening. Dia merapatkan dahinya ke dahi ku... “Aku nak kau kekal di sini, dekat dengan jantung aku. Berada di mana kau diciptakan dari rusuk aku. Kau buat aku rasa sempurna Zack, lebih sempurna dari apa yang aku bayangkan.” Aku cuba memejamkan mata, namun segala-galanya terasa begitu segar. Azhari... di mana-mana pun aku terbayangkan dia. Arghhh parah ni, baru sahaja naik kapal terbang aku sudahteringatkan dia. Teringat bukan bermakna rindu!

MAMPUKAH GADIS SADO INI MENYERAHKAN MAHAR CINTANYA UNTUK SEORANG LELAKI YANG ‘LENTUK’ DAN ‘AYU’? 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters