Friday, November 22, 2013

Panahan Migrain!


“Aduhhh sakitnya kepala! Kenapa tiba-tiba aku rasa macam berdenyut ni!”

Pernahkah kamu mengalami situasi begini namun tidak mendapatkan rawatan doktor ? awas! Jangan biarkan sakit kepala kamu menjadi pekara yang di pandang remeh kerana kadang kala ia bukan sakit kepala biasa sebaliknya di sebabkan oleh migrain. Ayuh semak tanda-tanda berikut jika kamu selalu menghadapi sakit kepala.

APA ITU MIGRAIN ?

Migrain berasal daripada perkataan Greek hemikrania yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai vescular headache. Ia merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah. Apabila berlakunya migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Menurut kajian, golongan wanita kebanyakan lebih kerap menghidapi penyakit migrain terutamanya ketika didatangi haid.

TANDA-TANDA LAIN
-          Kesakitan kepala yang amat sangat dan berdenyut.
-          Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata.
-          Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan serta kaki akan menjadi sejuk.
-          Sensitive pada sebarang bunyi dan suara (fonofobia)
-          Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap
-          Persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot dan mabuk laut.
-          Kemerahan-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
-          Badan berpeluh.

CARA MENGELAK MIGRAIN
-          Cuba mengawal tekanan dan emosi
-          Elak daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh menganggu emosi penghidap migrain.
-          Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut kamu yang kosong itu.
-          Dapatkan waktu tidur yang lebih teratur
-          Elakan daripada makan makanan yang mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu.
-          Elak daripada mengambil makanan yang mengandungi monosodium Glutamate (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.
-          Hindari daripad minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, Nescafe atau alcohol.

RAWATAN PENYAKIT MIGRAIN

Rawatan migrain di bahagiakan kepada dua kaedah iaitu :

1)      Rawatan serangan – Pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka akan di beri ubat tahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID). Sekiranya masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun di telan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukan yang sering muntah, mereka di berikan ubat Ergotamine yang perlu di makan sama ada di telan, di masukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan

2)      Pencegahan menerusi beberapa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor untuk mencegah migrain.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters