Friday, November 22, 2013

Rehat secukupnya ketika menstuasi


“Menstruasi atau period memang boleh menyebabkan seseorang kelihatan lemah dan tidak bermaya. Bukan apa, ada sesetengah orang bila ‘datang bulan’ mereka lebih mudah terasa letih dan ada yang lebih teruk mempunyai masalah dalam kitaran waktu tidur”


Siapa setuju dengan kenyataan ini ??

Hmmm, tak di nafikan lah. Memang adakalanya perempuan mudah terasa letih sewaktu ‘datang bulan’ kerana itu lah adakalanya mereka mudah mengamuk dan sebagainya. Maklumlah, bila badan dah penat semua benda tak kena kan ? Jadi ada beberapa saranan REMAJA ingin kongsikan pada gadis yang sedang menstruasi agar dapa tidur dan rehat yang secukupnya untuk kamu lebih segar dan bermaya .

1) Aroma terapi bukan sahaja berbau wangi, ia juga dapat menenangkan fikiran dan jiwa kamu yang sedang bercelaru. Jadi apa kata sewaktu kamu mandi, titikan sedikit  minyak essential papermint, chamomile atau lavender dalam tadahan air mandian kamu kemudian mandi seperti biasa.

2) Orang kata, seeloknya sebelum tidur minum susu kan? Tetapi apa kata kali ni kamu extra kan sedikit nikmat meminum susu dengan tambahan dark chocolate (tidak kiralah sama ada  di makan mahupun di masukan dalam minuman). Fulamakkkkk memang terbaik! Pasti kamu akan tidur nyenyak


3) Golongan yang sedang ‘datang bulan’ memang mudah terasa kejang terutamanya di bahagian perut. Jadi, apa kata kamu sediakan bekas berisi air panas untuk ‘di tuam’ ke bahagian yang terasa kejang.


4) Jangan lupa pakai pad ‘overnight’ untuk langkah berjaga-jaga. Maklumlah aliran darah sewaktu siang dan malam berbeza. Jadi untuk mengelakan daripada kebocoran se eloknya pakailah pad yang di reka khas untuk tidur.



SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters