Friday, November 22, 2013

Perempuan VS Percakapannya!


Perempuan memang sukar di fahami. Adakalanya setiap perbuatannya tidak semestinya mengambarkan apa yang terbuku di hati. Walaupun ada kalanya dirinya sedang bersedih, dia pasti cuba sedaya upaya untuk melindunginya. Tetapi, dalam masa yang sama dia harapkan pasangannya mengerti dan faham apa yang sebenarnya berlaku di sebalik senyumannya.

Rumitkan ??

Tapi jangan risau, REMAJA akan bantu kamu supaya mudah fahami maksud sebenar di sebalik perkataannya pada kamu.

☛     “TAK ADA APA, LUPAKAN SAHAJALAH”
Hmmm, mungkin nampak seperti tiada apa. Tetapi kamu silap! Bila seorang perempuan sudah keluarkan ‘senjata’ seperti ini itu bermaksud kamu sudah guriskan hatinya tanpa sedar. Lebih baik kamu ingat semula apakah kesalahan yang telah kamu lakukan.

☛      “AWAK PENAT KE ?”
Bila si dia hubungi kamu di lewat malam lalu bertanya “awak penat ke ?” jangan sesekali kamu cuba berkata benar! Jawapanmu itu pasti akan mematahkan semangatnya untuk bercakap dengan kamu. Sebaliknya, cuba tahan sekejap kepenatan kamu itu dan dengarlah luahannya. Andai perbualan kamu berlarutan hingga berjam-jam barulah kamu boleh berterus terang dengannya dan jangan lupa ucapkan selamat malam padanya!

☛      “I’m okay!”
Jangan terpedaya dengan kata-kata seperti ini! Perempuan memang bijak menyembunyikan perasaan tetapi sebenarnya mereka tidak reti sorokan kejujurannya. Jika kamu beerhadapan dengan kekasih seperti ini, cuba kamu tenung wajah dan matanya pasti si dia akan menunjukan respon yang sebaliknya.

☛      “SAYA DAH MALAS NAK AMBIK TAU PASAL AWAK!”
Walaupun ayat seperti ini agak menyakitkan hati, tapi percayalah sebenarnya si dia masih mengambil berat tentang kamu. Lagi-lagi bila kamu kata “baiklah!”. Dalam masa dua tiga hari selepas itu jika kamu menyepi si dia pasti akan menangis dan hubungi kamu semula kerana rindu dan segala api kemarahan suudah terpadam.

☛      “SEJUKNYA HARI NI KAN!”
Jika si dia mengeluarkan ayat seperti ini ketika bersamamu. Itu bermakna si dia cuba curi perhatian kamu. Apa yang di harapkannya adalah kamu bertindak seperti seorang yang gentleman dan cuba berinteraksi dengannya.

☛      “TINGGALKAN AKU! BIARKAN AKU SORANG DIRI!”
Perempuan memang tidak pandai mengatur kata-kata seperti lelaki. Apa yang di rasainya itulah yang dikeluarkannya. Bagi mereka, jika di pendam segalanya pasti akan menjadi lebih teruk. Jadi, lebih baik jika si dia luahkan apa yang terbuku di hati. Tetapi percayalah, ini tidak bermakna si dia sudah membenci. Cumanya si dia hanya perlukan sedikit masa untuk pulih seperti sedia kala, bukannya selama-lamanya.

☛      “I LOVE YOU!”
Jika si dia cuba mengatakan bertapa si dia cintakan kamu, cubalah balas dengan kata-kata yang lebih bermakna selain daripada perkataan “I LOVE YOU TOO!” kerana dari segi fahaman mereka perkataan itu hanyalah untuk orang yang tidak ikhlas dan malas. Sebaliknya cuba kamu jawab “I LOVE YOU MORE!” pasti si dia akan tersenyum hingga ke telinga!


sharing is caring :)
sumber: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters