Monday, March 30, 2015

Novel terbitan fajar pakeer bulan April 2015





TOLONG JADI PENGANTIN SAYA
QHAYRA QHAYRIESA 

SINOPSIS:

Amar Tafhim dan Mayamin Nur, Kali pertama bersua muka mereka
sudah bertekak. Mana tidaknya, kedua-duanya mempunyai
tingkah yang berbeza. Kerana dipaksa, mereka berkenalan juga
walau masing-masing tiada hati mahu duduk semeja.
“Kenapa? Dah nama pun nak berkenalan kan, mestilah kena tanya
nama, tempat kerja, tempat tinggal. Awak jugak yang suruh
saya tanya tadi,” tukas Amar mula berangin. Banyak songeh
betullah minah murai ni. Dua jam duduk dengan dia, mulut dia aje
yang berpot-pet tak berhenti-henti. Tak tahu lenguh langsung!
Mulut orang ke mulut jin pun tak tahulah! Suka bercakap
sungguh!

“Yalah tapi awak tu, tanyalah soalan-soalan yang mencabar
sikit. Ini soalan macam tu, budak tadika pun boleh tanya!”
Mayamin tak mahu kalah.

Bosan bergaduh setiap kali berjumpa, Amar dan Mayamin akhirnya
sepakat mahu berkawan biasa. Namun lain jadinya bila tiba-tiba
Nadia datang mengganggu hidup bahagia Amar. Demi melarikan
diri daripada gangguan bekas kekasihnya itu, Amar sanggup
mengupah Mayamin untuk menjadi kekasih palsunya.

“Kalau awak tak nak sekalipun, famili kita dah anggap kita couple
sekarang. Sekurang-kurangnya, bila kita berlakon jadi pasangan
kekasih, kita dah selamat daripada tekanan famili kita, bukan?
Cuma untuk kali ni, saya harap sangat awak setuju Maya. Awak
cakap aje berapa harga awak nak asalkan awak sanggup berlakon
jadi kekasih saya.”

“Amboi, siap nak bayar lagi. Apa? Awak ingat saya ni baju kat
butik ke? Boleh disewa bila-bila masa yang awak suka? Saya
bukannya mata duitan macam yang awak fikirlah. Kalau saya nak
tolong orang, saya tolong dengan ikhlas tau!”

Pening kepala mereka bila keluarga pula sudah menyangka,
mereka benar-benar bercinta. Bertambah parah bila mereka
ditunangkan tanpa rela. Aduh... macam mana nak ada cinta kalau
seorang begitu, seorang begini? Sudahnya, Mayamin dan Amar
reda. Tapi, mampukah Nadia yang masih mencintai Amar melihat
saja kedua-duanya menganyam bahagia saat dia sedang
menderita? Amar dan Mayamin pula, dapatkah menerima antara
satu sama lain sedangkan mereka seperti langit dan bumi. Biar
berada dalam dunia namun tetap berbeza...

NAK HATI AWAK JUGAK!
CAHAYA AIN

SINOPSIS:

Hana, gadis moden yang cukup pakej. Cantik, kaya dan juga
bijak. Hana sering dicemburui oleh gadis seusianya termasuklah
sahabat baiknya sendiri. Namun di sebalik kesempurnaan itu,
terselit rasa dendam di hati gadis itu. Walaupun Hana kelihatan
sempurna di mata sesiapa sahaja yang memandangnya, namun
saban malam gadis itu berendam air mata sehinggalah dia bertemu
dengan seorang jejaka misteri di tepi pantai.

“Err, awak. Saya. Err, minta maaf. Saya betul-betul tak
sengaja. Saya...” Hana terdiam apabila lelaki itu tunduk dan
mengutip segala benda yang bertaburan di atas pasir itu.
Siapa sangka, pertemuan pertama di pantai itu telah membawa
perubahan yang besar dalam hidup dua insan yang berbeza.
Namun, perbezaan itu tidak menjadi penghalang bagi Hana untuk
mendekati lelaki misteri dan suka jual mahal itu.
“Pergi!”
“Hariz, kenapa ni? Kenapa awak layan saya macam ni?”
Bukan mudah bagi Hana untuk mendekati lelaki bernama Hariz itu.
Mungkin disebabkan kekurangan yang ada pada lelaki itu
membuatkan Hariz tegar melayan Hana endah tak endah sahaja.
Saya tanya awak rindu saya tak?- Hana
Oh. Tak rindu pun. - Hariz
Sampainya hati - Hana

Walau sekeras mana pun cuba dinafikan, Hariz tetap tidak mampu
menipu dirinya sendiri apabila dalam diam, dia telah pun jatuh
cinta pada gadis bernama Hana itu tanpa sedar.

“Untunglah aku dapat tengok muka kau berubah macam tu. Selalu
tu tak ada perasan je...”- Boy.

Namun, bukan mudah bagi mereka untuk terus menyulam cinta
yang baru hendak dibina.
“Let’s break up...”- Hana

“Please sayang, jangan buat saya macam ni. Cukuplah lima tahun
Hana. Saya takkan mampu nak laluinya lagi. Please....”- Hariz
Tegarkah Hana meneruskan keputusannya? Dan kenapa dia
bertindak begitu sedangkan dia sedari awal lagi begitu mencintai
Hariz?


DIA BUKAN CINDERELLA
HANNY ESANDRA

PRICE: BND 14

SINOPSIS: 
“Lain kali bila aku suruh tu, cepat-cepat buat! Jangan sengaja
kau nak lengah-lengah! Aku tak suka! Dahlah aku memang tak
sukakan kau! Jangan pulak bagi kau tunjuk perangai kau yang
aku tak suka tu!”

Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap kejam. Samalah dengan ibu
tiri Auni Naura. Dia ibarat Cinderella yang terpaksa buat semua
kerja sementara ibu tiri hanya goyang kaki. Ada pula abang tiri
yang selalu curi peluang mahu menceroboh hak kewanitaannya.
Auni Naura semakin tidak tahan lalu mengambil keputusan
melarikan diri demi menyelamatkan maruah diri.

“Sudah! Kau jangan nak buat muka sedih kat sini. Aku tak ada
masa nak tengok lakonan drama spektra kau! Sekarang kau
adalah orang gaji kat rumah ni.”

Auni Naura bersyukur bila ada insan yang menyelamatkannya
selepas dia hampir ditipu dan dijadikan pelacur oleh lelaki tak
bertanggungjawab. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi
dibawa mati. Auni Naura terikat dengan perjanjian. Dia harus
melangsaikan hutang bil perubatan Adreand Haikal, orang yang
bertanggungjawab menyelamatkan dia daripada dilanggar
kenderaan.

“Kau tak payah nak fikir macam mana kau nak ganti balik duit ni.
Kau kahwin dengan aku aje, cukup.”

Orang yang buat perjanjian dah langgar pun perjanjian. Hanya
tunggu Auni Naura buka mulut terima lamaran si putera raja
walaupun tak seromantik mana. Auni Naura takut. Kalau Cik Naga
Eva Natasha serang dia, apa perlu dia buat? Bagi Adreand pula,
Eva Natasha sudah jadi sejarah dalam hidupnya bila dia tahu gadis
itu lebih memilih lelaki lain daripada dirinya. Eva Natasha pula tak
akan senang-senang mahu lepaskan Adreand dan mula
mengisytiharkan Auni Naura sebagai musuh ketatnya. Bermulalah
kisah Auni Naura sebagai bukan Cinderella.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

3 comments:

muja said...

best lak baca sinopsis ni,, dah lama tak baca novel,, hehe

Rajkot said...

Hey, I'm sharing Asia's first golfing website.
pediatric dentist in india

Laish Closet said...

Hi. jom join GA AVON ni. Hadiah best!! http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html.. sorry ya.. x jumpa shoutbox

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...